Menyewa Pulau Melalui Aplikasi Airbnb!

Anda mempunyai perancangan untuk beristirehat dan bersantai di tepi pantai, bersama rakan-rakan anda?

Dan tahukah anda, anda tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi untuk menyewa sebuah pulau kecil tersebut?

1. Bird Island, Placencia, Belize

Pulau kecil ini begitu kaya dengan terumbu karang. Ini menyebabkan kawasan sekitarnya begitu terjaga dan terpelihara. Antara kegiatan yang anda boleh lakukan jika menyewa di pulau kecil ini adalah dengan melakukan kegiatan snorkeling atau memancing.

Bagaimana Hendak Ke Sana: Pulau kecil ini hanya terletak sejauh 20 minit sahaja dari perkampungan Palencia, dan host pulau ini akan menguruskan pengangkutan pergi dan balik anda.

Kadar kos: 88 USD untuk satu malam (seorang)

2. Pulau Yang Tidak Bernama Di Ottowa, Canada

 

Teratak yang terdapat di pulau ini telah berusia selama 100 tahun lebih. Namun begitu, keaslian teratak ini masih terpelihara dengan unsur klasik. Pulau ini terdapat dapur memasak dengan menggunakan kayu api, rumah di atas pokok, dan kawasan sekitar untuk kegiatan berenang. Pemilik pulau ini juga turut menyediakan kayak, perahu, kapal layar kecil dan perahu dayung.

Bagaimana Hendak Ke Sana: Pemilik pulau ini akan menyediakan segala arahan dan keperluan apabila anda berhajat untuk menyewa pulau tersebut. Perjalanan ke pulau kecil ini mengambil masa selama 90 minit dari bandar Ottowa, termasuk perjalanan selama 10 minit menggunakan bot.

Kadar Kos: 27 USD seorang.

3. Pulau Tahiti, Granada, Nicaragua

Kolam peribadi, untuk pulau peribadi. Pulau kecil ini juga menyediakan kelengkapan dapur yang lengkap yang telah diubahsuai, kawasan beristirehat dan juga kabel A/C.

Bagaimana Hendak Ke Sana: Maklumat perjalanan akan diberikan oleh host.

Kadar Kos: 205 USD untuk 10 orang (21 USD seorang!)

4. Tropical Island C0ve, Golfito, Costa Rica

Pulau ini terletak di kawasan tropika Costa Rica – atau lebih tepat, Selatan Costa Rica. Hal ini menyebabkan banyak hidupan liar di kawasan sekitarnya seperti monyet, hutan yang boleh diterokai, dan juga ketuhar untuk anda membakar piza!

Bagaimana Hendak Ke Sana: Hubungi host Airbnb untuk pulau ini, dan beliau akan menyediakan pengangkutan dari Golfito, bandar yang berdekatan.

Kadar Kos: 225 USD untuk 4 orang (57 USD seorang)

5. Ilha Grande, Angra dos Reis, Brazil

Lokasinya terletak selama 2 jam dari Rio, pulau ini didatangkan dengan dua buah rumah yang dihubungkan dengan titi kecil. Rumah ini juga mempunyai kakitangan dan staf yang akan membantu anda serta menyiapkan makanan untuk anda, serta menyediakan kelengkapan perahu dan bot kayak. Nota kaki: 7 malam minimum adalah diperlukan untuk menginap di pulau ini.

Bagaimana Hendak Ke Sana: Host pulau ini akan menyediakan bot dari bandar pelabuhan, Portogalo. Jaraknya hanyalah sejauh 15 minit.

Kadar Kos: 909 USD semalam untuk 14 orang (65 USD seorang)

6. Hideaway Caye, Placenia, Stann Creek, Belize

Host pulau ini juga turut menginap di pulau tersebut. Antara kelebihan yang terdapat di pulau ini adalah perkhidmatan kayak, alatan snorkeling dan memancing, bar dan restoran (dibuka kepada umum)

Bagaimana Hendak Ke Sana: Pemilik pulau ini akan mengambil dan menghantar anda di pelabuhan yang terdekat, iaitu perkampungan Hopkins.

Kadar Kos: 225 USD untuk 2 orang (113 USD seorang)

7. Kakula Breeze, Port Vila, Shefa Province, Vanuatu

Pulau ini bukan sahaja didatangkan dengan pantai yang begitu cantik dan indah, namun ia turut disertakan dengan 7 staf yang akan membantu anda dan rakan-rakan anda. Mereka akan menyediakan makanan untuk anda (kos berasingan), urut badan, lawatan di sekitar pulau dan lain-lain lagi.

Bagaimana Hendak Ke Sana: Hos akan menyediakan pengangkutan untuk anda. Dari lapangan terbang Port Vila, bergerak ke bandar Kakula (jarak sejam dari lapangan terbang) dan 10 minit perjalanan menaiki bot ke pulau tersebut.

Kadar Kos: 1500 USD satu malam untuk 12 orang (125 USD seorang)

Menarik bukan?

Sumber: Buzzfeed

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s