10 Pasport Negara Yang Cool Di Dunia

Pasport merupakan satu item yang penting untuk kita bergerak ke sesebuah negara asing. Bahkan, nilai pasport adalah amat penting di negara luar, berbanding kad pengenalan. Jika kita tidak mempunyai pasport, maka kemasukan ke negara asing tersebut adalah haram dan kita akan dilabel sebagai pendatang haram tanpa izin.

Sementara pasport ini menjadi satu item penting untuk setiap negara di dunia ini, terdapat sesetengah kerajaan sesebuah negara mengambil inisiatif dengan membudayakan pasport negara tersebut dengan unsur kesenian yang amat menarik.

Walaupun bentuk dalaman pasport menjadi satu faktor ukuran keselamatan daripada diciplak atau dipalsukan, namun ianya masih mampu untuk kelihatan menarik.

Berikut adalah 10 pasport yang cool di dunia.

10. Norway

Norway
Sumber: theguardian.com
Norway 2
Sumber: theguardian.com

Pasport Norway adalah satu contoh bentuk kesenian yang mengadaptasikan keindahan alam semulajadi negara tersebut di dalam helaian setiap muka suratnya. Apabila muka surat pasport tersebut didedahkan dengan cahaya ultra-violet, ia akan menunjukkan pemandangan northern lights di waktu malam yang begitu sinonim dengan Norway.

download
Sumber: Google Image

9. Australia

Australia
Sumber: quora.com/jamesoffer
Australia 2
Sumber: quora.com/jamesoffer

Dokumen perjalanan Australia memaparkan gambar bercirikan warna floating yang pertama di dunia. Apabila anda menyondongkan helaian pasport tersebut, anda dapat melihat imej hologram kanggaru, yang seakan-akan timbul dan tenggelam. Setiap helaian muka surat pasport Australia juga menampilkan konsep keindahan alam dan tarikan di negara tersebut.

8. Indonesia

IndonesiaIndonesia 2

Pasport Indonesia mengambil langkah unik dalam memperkenalkan tarikan flora dan fauna negara tersebut dengan mengadaptasikannya di helaian pasport negara republik tersebut. Antara contoh reka bentuk yang terdapat dalam dokumen perjalanan tersebut adalah imej Komodo – biawak yang terbesar di dunia, bunga Rafflesia – bunga terbesar di dunia dan Badak Jawa – badak bertanduk satu.

7. Filipina

Filipina
Sumber: Google Image
Filipina 2
Sumber: Google image

Penambahbaikan ciri keselamatan, ditambah pula dengan corak kesenian menjadi antara unsur terbaru yang pasport Filipina yang diperkenalkan menggantikan pasport lama negara tersebut. Antara ciri kesenian yang terdapat di dalam helaian muka surat pasport tersebut adalah hasil lukisan yang menarik, termasuk lakaran sayap burung rasmi negara Filipina – burung Kakak Tua yang dilakarkan dengan pelbagai warna. Selain itu, terdapat juga menara Metro Manila, gunung berapi Mayon dan teresan padi bukit Ifugao.

6. New Zealand

New zealand
Sumber: odt.co.nz
New zealand 2
Sumber: odt.co.nz

Pasport negara New Zealand adalah berkonsepkan pengemudian dan perubahan evolusi negara tersebut yang telah menjadi satu negara yang telah diterokai oleh pengembara pada zaman dahulu kala. Setiap hasil kesenian yang terdapat di helaian pasport tersebut menggambarkan alatan navigasi yang digunakan oleh peneroka New Zealand mengikut peredaran zaman.

5. Finland

finland
Sumber: dailymotion.com

Kerajaan negara Finland telah memperkenalkan idea untuk membuatkan pasport negara tersebut menjadi satu hasil seni yang menarik. Pasport negara Finland bercirikan flip-book, dimana ia akan memaparkan imej rusa yang sedang bergerak apabila anda menyelak setiap helaian pasport tersebut dengan pantas.

4. China

China
Sumber: Image
China 2
Sumber: Image

Daripada hanya sekadar corak pasport biasa, kerajaan negara China telah memperbaharui dokumen perjalanan negara tersebut dengan memaparkan ciri tarikan negara China seperti Tembok Besar China. Imej Tembok Besar China tersebut akan kelihatan bercahaya apabila dilihat dibawah cahaya sinar ultra-violet.

3. Kanada

Kanada
Sumber: imgur.com
12512274_966190130083237_5041787718626141930_n
Sumber: imgur.com

Pasport negara Kanada merupakan antara pasport yang paling cool di dunia. Pasport tersebut memaparkan ciri-ciri negara Kanada seperti air terjun Niagara, Bluenose – bot laut Kanada di Nova Scotia dan juga imej bangunan Parlimen. Apa yang menariknya, imej-imej ini akan kelihatan bercahaya seakan-akan sedang mengharungi kegiatan festival apabila dilihat dalam keadaan gelap.

2. Austria

Austria
Sumber: dulich.vnexpress.net

Pasport negara Austria memaparkan ciri jata negara serta lambang unik merangkumi perisai, panji dan moto negara tersebut. Ciri-ciri ini diadaptasikan daripada setiap daerah yang terdapat di negara Austria dan dipaparkan di helaian dokumen perjalanan negara Eropah itu.

1. United Kingdom

UK
Sumber: theguardian.com/uk
UK 2
Sumber: theguardian.com/uk

Britain kerap kali mengemaskini ciri keselamatan yang terdapat didalam dokumen perjalanan United Kingdom, dan kerajaan negara tersebut akan memperkenalkan reka bentuk dan corak kesenian yang baru setiap lima tahun sekali. Antara imej kesenian yang dipaparkan didalam pasport yang juga antara pasport berkuasa dunia tersebut adalah imej Rumah Parlimen, London Eye, Titanic Belfast dan teater Shakespeare Globe.

Cool bukan?

Advertisements

One thought on “10 Pasport Negara Yang Cool Di Dunia

  1. Tuan Sri/Puan Sri, Dato’ Sri/Datin Sri, Dato’/Datin, /Prof. Dr./Tuan/Puan,
    Muslimin/Muslimat, Saudara/Saudari
    Dengan rendah hati saya Ustaz Amin bin Mohamed, Pengerusi Ihya Assunnah Solution – Malaysia dan Ustaz Sulaiman Bin Hassan (Pengurus Kompleks Al-Husaini, Kampot, Kemboja dan juga Jemaah Lembaga Pengarah Ihya Assunnah Solution memohon jasa baik semua pihak untuk membantu meringankan bebanan kami dalam mengurus dan memberi elaun kepada 250 ustaz dan guru diseluruh Kemboja. Kami juga bertanggungjawab membiayai pembelian keperluan asas kepada para pelajar terutama beras, bil eletrik dansebagainya.
    ‘Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tangkai dan tiap-tiap tangkai ini mendapat seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiny dan Allah Maha Kuasa (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.’
    (Surah Al Baqarah : Ayat 261)
    ‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan diri dan harta benda mereka dengan bahawa mereka akan beroleh Syurga disebabkan mereka berjihad pada jalan Allah.’
    (Surah At Taubah : Ayat 111)
    ‘Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.’
    (Hadis Riwayat Muslim)
    ‘Para ahli fiqh dan ulama berpendapat wakaf adalah satu-satunya ibadah yang berbentuk amalan jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada pewakaf sehingga ke hari akhirat selagi harta tersebut kekal dan dimanfaatkan.’
    Kami amat mengalu-alukan sumbangan wakaf/derma tuan/puan kepada Madrasah Al-Husaini,Kampot, Kemboja.

    Segala sumbangan tuan/puan dalam bentuk wakaf, derma dan zakat dapat dibuat secara online atau bank in ke dalam akaun Maybank 553131011505

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s