7 Perkara Yang Boleh Dipelajari Daripada Travel Solo

Dengan berbackpack secara solo dapat mengajarkan kita tentang erti sifat keyakinan diri, memupuk sifat keberanian, berjumpa dengan orang baru dan memupuk semangat cintakan bumi.

Memetik kata-kata Imam Syafie melalui puisi “Merantaulah”

Merantaulah,

Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus berdiam, tentu akan membosankan manusia…

12794637_965119476856969_4701075359084464562_n

Menjelajah ke sesuatu tempat dan bergerak secara solo boleh menimbulkan perasaan ketakutan didalam diri. Namun begitu, dengan perasaan sedemikian juga dapat membawa jiwake arah mengenali potensi dan kekuatan diri sendiri. Jika anda mempunyai kesanggupan untuk menjelajah secara solo, mungkin ilmu yang akan anda timba akan menjadi satu pengalaman yang sangat berharga dan seterusnya membangkitkan kepelbagaian sifat kekuatan.

7. Penyelesaian Masalah

Memandangkan anda bergerak secara solo, secara tidak langsung anda juga hanya mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri di tanah asing. Anda juga akan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan masalah yang akan timbul sepanjang perjalanan anda. Ini akan membentuk diri anda untuk mencari jalan penyelesaian dan juga memupuk diri untuk menjadi lebih kreatif. Berbekalkan sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, maka akan timbul juga deria kekuatan yang mungkin tersembunyi di dalam diri anda.

6. Mempercayai Naluri Anda

Anda mungkin akan melakukan sedikit kesilapan dalam membuat sesuatu keputusan sepanjang perjalanan solo anda. Anda juga mungkin akan mula ragu-ragu terhadap keputusan yang dibuat. Namun begitu, serba sedikit sifat naluri anda akan berkata bahawa anda membuat keputusan yang tepat. Sifat naluri ini perlulah selari dengan kewajaran akal dan seterusnya dapat membawa anda ke arah suatu pengalaman yang baru.

5. Bersantai Didalam Keadaan Berjaga-Jaga

Kadang-kala perasaan takut itu boleh menjadi satu kelebihan untuk diri anda semasa bergerak secara solo. Namun untuk backpacker solo yang bijak mampu untuk mengimbangkan perasaan ketakutan itu dengan menghayati perjalannya dalam keadaan tenang dan terkawal. Minda akan berasa tenang namun kekal dengan 100% pengawasan diri. Jika terdapat sebarang musibah yang akan terjadi, anda akan lebih bersedia berbanding menjadi panik.

4. Berjumpa Teman Baru

Mempunyai teman sepanjang perjalanan mampu mengisi kekurangan sepanjang pengembaraan anda, namun dengan menyendiri secara tidak langsung membuatkan anda mampu memberikan ruang untuk diri anda sendiri. Anda akan menjadi lebih berdikari. Dengan melalui perjalanan secara solo juga mendorong anda untuk memulakan perbualan dengan rakyat tempatan, dan seterusnya dapat mendekatkan diri anda dengan komuniti dan masyarakat setempat. Anda juga dapat bertemu teman baru, atau kata lainnya, teman serata dunia dan seterusnya dapat berkongsi ilmu pengetahuan.

12795526_965122830189967_7753297351645139000_n

3. Menikmati Masa Untuk Bersendirian

Selepas membawa diri anda daripada rutin kebiasaan kehidupan harian anda, anda akan bertemu dan bersemuka dengan wajah-wajah asing. Wajah-wajah asing ini juga mempunyai bahasa dan budaya yang berbeza, dan ini secara tidak langsung membawa satu pengalaman baru untuk diri anda. Anda akan lebih menikmati saat dan detik tersebut, dan anda mungkin akan mendambakan lebih perjalanan untuk diri sendiri. Dengan menyendiri, anda juga akan lebih bermuhasabah dan dapat menenangkan fikiran daripada sebarang masalah didalam fikiran.

2. Mengikut Keputusan Diri Sendiri

Jelas sekali, dengan mengembara secara solo bermakna anda berhak untuk membuat keputusan apa sahaja yang anda mahu, tanpa terikat dengan pihak ketiga.  Tidak perlu berkompromi dengan mana-mana pihak, anda hanya perlu lakukan dan cari kebahagiaan untuk diri sendiri. Tiada arahan daripada pihak boss anda, rakan-rakan anda, teman sekerja atau sesiapa sahaja. Anda bertanggungjawab untuk kebahagiaan anda sendiri.

1.Berhubung Dengan Masyarakat Seluruh Dunia Tanpa Berkata-Kata

Anda dapat menyaksikan dunia, masyarakat setempat, budaya dan komuniti dengan mata anda sendiri menjadi saksi. Jika anda bergerak ke sesuatu negara yang menuturkan sesuatu bahasa yang berbeza dan bahasa asing selain Bahasa Inggeris, ini bermakna susuk perbualan mungkin menjadi sukar untuk anda. Hal ini akan mendorong diri anda untuk lebih mengaplikasikan bahasa tubuh untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat. Sebagai contoh, anda cuba untuk memberi reaksi terhadap sesuatu perkara dengan berkongsi senyuman, gaya badan hormat dan gelak tawa yang sama tanpa perlu berkata-kata.

Secara tidak langsung, anda telah berinteraksi dan berkongsi perasaan anda dengan masyarakat setempat tersebut.

Mengembara secara solo adalah salah satu cara untuk anda lebih menyayangi diri anda sendiri. Apabila anda keluar daripada sisi keselesaan anda di tempat asal, anda telah menciptakan satu pengalaman dan skrip hidup yang baru. Menjadi kepada pemerhati dunia, anda akan mula menghargai setiap detik yang berlaku untuk setiap saat dan seterusnya dapat membentuk diri anda menjadi lebih baik

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s