10 Negara Kos Rendah Pilihan Untuk Berbackpack

Berikut adalah 10 negara kos rendah pilihan penulis untuk berbackpack.

10. Thailand

Krabi
Krabi
Phuket
Phuket

Thailand! Antara negara kegemaran penulis untuk menikmati pantai yang indah serta kehidupan malamnya yang meriah. Bahagian utara Thailand adalah lebih murah berbanding Bangkok dan pulau-pulau yang terdapat di sekitar Thailand. Selain itu, makanannya menjadi antara tarikan untuk melawat negara ini, terlalu enak untuk dibayangkan. Anggaran bajet untuk penginapan dan makanan adalah dalam lingkungan yang mampu untuk dibelanjakan. Majoriti penduduknya adalah beragama Buddha dan selain pantainya yang cantik dan jernih, terdapat banyak tokong dan bangunan bersejarah yang kaya dengan sejarah Thai. Antaranya; tokong Wat Phra Kaeo, Wat Arun dan pelbagai lagi! Pengunjung juga dapat melihat dengan lebih dekat tentang sukan yang menjadi kegemaran rakyat Thai, Muay Thai.

9. Indonesia

Tangkuban Perahu di Bandung
Tangkuban Perahu di Bandung
Gili Trawangan di Lombok
Gili Trawangan di Lombok

Selain Jakarta – Lombok, Bali, Bandung, Medan, Jogjakarta adalah antara lokasi yang menjadi kegemaran pelancong untuk menjelajah kawasan di sekitar negara yang kaya dengan sumber alam dan keindahan pantai-pantai serta kehidupan floranya. Selain itu, Indonesia juga menjadi tempat untuk pelancong membeli-belah dengan harga yang begitu murah seperti di Bandung dan Medan. Pengunjung ke negara tersebut hanya perlu untuk mengupah supir dengan kadar yang berpatutan untuk kemudahan bergerak ke sesuatu destinasi. Sesungguhnya Indonesia terlalu luas untuk dijelajah dan ianya sangat berpatutan!

8.Kemboja

Kuil Bersejarah di Phnom Penh
Kuil Bersejarah
Angkor Wat
Angkor Wat

Kemboja menjadi antara lokasi yang terkenal untuk backpacker di serata dunia. Kemboja adalah negara yang begitu kaya dengan sejarah, dengan makanan lokalnya yang begitu menjadi perhatian para pengunjung. Kehidupan malamnya tidak jauh beza dengan Thailand, namun masih kurang membangun berbanding Thailand. Tapi, ianya tetap berbaloi untuk dikunjungi sekiranya pengunjung negara tersebut berhajat untuk mencuba membawa diri dengan budaya di sana. Tuk-tuk – antara pengangkutan yang sinonim dengan negara tersebut, dan anda boleh mengupah tuk-tuk untuk membawa anda menziarahi kuil bersejarah di sekitar Angkor dengan harga yang begitu berpatutan.

7. Vietnam

Nha Tho Duc Ba
Nha Tho Duc Ba
Floating Market
Floating Market

Meskipun dilabel sebagai negara dunia ketiga, namun popularitinya dalam kalangan pengunjung meningkat, saban tahun ke tahun. Dengan negaranya yang cantik dan suasananya yang unik, negara Vietnam antara lokasi negara yang mampu untuk dikunjungi dengan bajet rendah. Sebagai sebuah negara bekas komunis, negara tersebut kaya dengan sejarah peperangan zaman lalu untuk dijadikan sebagai satu ilmu dan pengalaman baru yang dapat ditimba oleh pemgunjung negara tersebut. Negara tersebut mudah diakses ke suatu tempat dari tempat lain dengan menyewa motosikal pada kadar harga yang rendah. Antara lokasi Vietnam yang wajib dikunjungi adalah Ho Chinh Minh dan Saigon.

6. Nepal

Kathmandu
Kathmandu
Pokhara
Pokhara

Menjejaki Himalaya adalah satu aktiviti yang sangat popular dalam kalangan pengunjung ke negara tersebut,namun negara tersebut masih terlalu kaya untuk diterokai. Di Nepal, anda akan melalui saat yang begitu mengindahkan dengan suasana dan persekitarannya yang sangat menakjubkan mata memandang. Selain dengan kebudayaannya yang kaya dengan alam semulajadi, aktiviti menjejak Bhaktapur di wilayah Kathmandu adalah satu pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan. Selain itu, Nepal juga kaya dengan sejarah kuilnya seperti Pashupatinath, Budhanilkantha dan Manakamana yang sangat terkenal. Kepada backpacker yang cintakan alam semulajadi, Nepal adalah negara yang sangat sesuai untuk dikunjungi.

5. India

Taj Mahal Di Agra
Taj Mahal Di Agra
Chhatrapati Shivaji Terminus Di Mumbai
Chhatrapati Shivaji Terminus Di Mumbai

Ber-backpacking di India adalah sangat mudah dan menjimatkan. Makanan, tempat tinggal dan pengangkutan adalah sangat murah jika dibandingkan dengan negara lain di sekitarnya. Hostel backpacker juga mudah didapati di bandar-bandar besar di India seperti Mumbai, New Delhi, Hyderabad, Agra dan lain-lain lagi. Selain itu, pemandu pelancong juga mudah didapati dari pihak hostel backpacker untuk membantu pelancong menjelajah dan menerokai bandar India yang kaya dengan kebudayaannya. Perlu diingatkan, mengunjung ke India bermakna anda bersedia untuk meninggalkan keselesaan tidur di tempat berhawa dingin kepada suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

4. Sri Lanka

Sri Jayewardenepura Kotte
Sri Jayewardenepura Kotte
Galle Face Green
Galle Face Green

Colombo, adalah satu negeri komersial yang terdapat di dalam negara Sri Lanka, dan ia merupakan satu bandar yang kaya dengan pengunjung dari serata dunia untuk menerokai bandar Sri Lanka. Namun begitu, Sri Jayewardenepura Kotte sebenarnya adalah ibu negara untuk Sri Lanka, juga antara lokasi yang berbaloi untuk dikunjungi. Arca patung Buddha dan Galle Face Green Promenade di Colombo adalah satu pengalaman baru yang tidak rugi untuk ditimba. Masyarakat di Sri Lanka juga mudah untuk didekati dan sangat peramah.

3. Turki

Hagia Sophia
Hagia Sophia
Cappadocia
Cappadocia

Secara jujurnya, Turki merupakan satu daripada negara kegemaran penulis. Selain daripada kebudayaannya yang memikat hati, nilai sejarah yang terdapat di dalam negara ini juga sangat menakjubkan, dan ianya satu ilmu dan pengalaman baru. Turki telah menjadi satu lokasi kegemaran backpacker kerana landskapnya yang menakjubkan dan makanan yang berpatutan. Turki merupakan satu negara campuran budaya antara Eropah dan Asia. Terlalu banyak nilai sejarah yang terdapat di Turki terutamanya di Istanbul – sejarah Uthmaniyah dan sejarah ketamadunan Islam. Selain itu, Turki juga terdapat Grand Bazaar, iaitu antara bazar yang terkenal di dunia. Selain itu, makanan timur tengah juga mudah didapati di negara yang majoritinya penduduk Muslim ini.

2. Albania

Bandar Tirana
Bandar Tirana
Sarande
Sarande

Jika anda berhajat untuk ke negara Eropah namun ingin mengekangn bajet anda, mungkin anda boleh bermula dengan meneroka negara-negara Balkans. Antara negara Balkans pilihan penulis adalah Albania. Albania menjadi alernatif Itali dan Greece kepada pengunjung, dengan pemandangan Mediterranean yang lebih kurang sama. Albania adalah satu negara yang kaya dengan nilai sejarah dan mempunyai hubungan sejarah silam dengan Greece, Rom, Uthmaniyah, Itali dan Perancis. Tirana adalah negeri Albania yang boleh anda lawati sambil melihat bangunan-bangunan bersejarah dan muzium.

1. Bulgaria

Varna
Varna
Sofia
Sofia

Selain Albania, Bulgaria juga merupakan satu negara Balkan yang tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi berbanding negara Eropah lain. Seperti Albania, Bulgaria juga merupakan negara yang begitu kaya dengan sejarah. Muzium dan galeri seni yang bersepah, menjadi antara daya tarikan pelancong ke negara tersebut. Anda boleh berkunjung ke Nesebar, satu lokasi yang diiktiraf UNESCO sebagai satu warisan sejarah yang terpelihara, di Selatan Varna. Walaupun sebahagian Nesebar iaitu bandar purba Messembria telah musnah akibat perubahan geografi dunia, namun masih terlalu banyak daya tarikan untuk diterokai, terutamanya Bulgaria secara keseluruhannya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s