10 Apps Telefon Pintar Untuk Backpacker

Melancong merupakan satu hobi dan kegiatan yang diminati oleh ramai orang. Melalui melancong, kita dapat melihat dunia baru, tempat baru, pengalaman baru, dan pelbagai lagi kenangan yang akan disemat dalam sanubari. Melancong secara berbackpack, atau kata lainnya, menjadi seorang backpacker sama ada secara solo atau berkumpulan, sudah menjadi satu trend dan pilihan orang untuk mengembara ke sesuatu negara baru. Hal ini adalah kerana ianya dikatakan lebih menjimatkan kos berbanding menjadi seorang traveller biasa. Mengikut istilah wikipedia, backpacker bermaksud mengembara dengan kos yang rendah dan menjadi seorang indipendent dalam merencana sesuatu perjalanan. Selain itu, backpacker bermaksud seseorang yang bergerak ke sesuatu tempat dengan membawa backpack.

Secara jujurnya, penulis sendiri memilih untuk melancong secara berjimat cermat, tambahan pula dengan currency negara Malaysia yang agak rendah pada ketika ini.

Sebelum memulakan sesuatu perjalanan, hendaklah kita merancang sesuatu perjalanan terlebih dahulu. Rencana perjalanan atau itinerary, tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, kadar matawang, dan yang paling penting, bajet, semuanya perlu dirancang dengan teliti terlebih dahulu.

Mengikut pengalaman penulis sendiri, penulis akan menyiapkan sesuatu rancangan perjalanan penulis dengan mengunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam telefon pintar penulis. Berikut adalah 10 apps pilihan penulis dalam merencana sesuatu perjalanan.

10. Travel Manager


Merencana sesuatu perjalanan mungkin dianggap leceh untuk sesetengah orang, namun dengan menggunakan aplikasi ini, proses merancang itinerary perjalanan hanya semudah di hujung jari sahaja. Travel Manager ini boleh didapati secara percuma dalam peranti iPhone ataupun Android. Aplikasi ini tidak perlu menggunakan internet untuk diakses. Aplikasi ini juga membolehkan anda menyimpan maklumat mengenai passport anda, insurans keselamatan, serta nombor kecemasan. Merencana itinerary dengan menggunakan telefon pintar adalah lebih memudahkan, bahkan hanya berada di poket anda sahaja untuk dirujuk pada bila-bila masa.

9. Skyscanner


Aplikasi ini menjadi kegemaran penulis dalam mencari tiket penerbangan murah dan berpatutan. Skyscanner berfungsi untuk membandingkan harga penerbangan antara syarikat-syarikat penerbangan yang lain, dan turut menyertakan jumlah jam penerbangan dan lokasi transit di sesuatu tempat dan lokasi. Untuk pengguna, jangan risau dan khuatir untuk menggunakan Skyscanner kerana ia tidak mengenakan caj tersembunyi jika membeli tiket melalui aplikasi ini. Skyscanner merupakan satu aplikasi percuma untuk peranti iPhone dan juga Android.

8. XE Currency


XE Currency bertindak sebagai satu aplikasi untuk memudahkan pengguna mengetahui nilai matawang semasa. Nilai matawang yang dibandingkan adalah pantas dan bertepatan dengan kadar semasa. XE Currency juga mampu diakses tanpa perlu mempunyai talian internet, memudahkan pengguna untuk membanding serta mengetahui nilai matawang di mana-mana sahaja. Terdapat untuk peranti iPhone dan juga Android.

7. Airbnb

Sama ada anda menjadi hos atau tetamu, anda boleh lakukannya melalui Airbnb. Airbnb juga menjadi pilihan penulis berbanding menginap di hostel. Anda juga boleh memilih harga yang berpatutan bersesuaian dengan bajet anda. Boleh didapati secara percuma untuk peranti iPhone dan Android.

6. City Mapper 


Jika anda sudah sampai ke sesebuah negara dan tidak tahu bagaimana cara hendak menuju ke sesuatu tempat lain, City Mapper mungkin menjadi satu penyelesaian untuk anda. City Mapper akan menyenaraikan pilihan yang ada, serta anggaran nilai dan bajet yang anda perlukan untuk ke destinasi tersebut.

5. Uber 


Dengan menggunakan Uber, anda tidak perlu menahan atau menunggu teksi jika anda henda bergerak ke sesuatu tempat baru. Kadarnya juga adalah tepat, lebih murah, dan apa yang penting, kadar yang tetap. Uber menjadi pilihan penulis semasa penulis berada di negara Indonesia.

4. Google Translate 


Google Translate, bukan sekadar sahaja mampu mengubah suara ke bahasa yang dikehendaki, namun ianya juga mampu membaca bahasa sesebuah negara dan mengubah ke bahasa yang difahami oleh pengguna, dengan hanya menggunakan kamera! Secara jujurnya, pengguna memilih untuk berbahasa Inggeris secara ringkas bersama penduduk di negara luar. Namun begitu, Google Translate ini amat bersesuaian digunakan jika penduduk negara tersebut kurang berkemampuan untuk berbahasa Inggeris, untuk kita memudahkan percakapan. Ianya tidaklah 100 peratus efisien, namun sedikit sebanyak dapat membantu.

3. Halal Navi 


Dengan menggunakan Halal Navi, pengguna dapat mencari restoran halal yang berdekatan di mana sahaja di seluruh dunia!  Oleh itu, tidak perlu khuatir dalam mencari makanan halal jika berada di negara luar, meskipun penduduknya bukan majoriti beragama Islam. Alternatif kepada aplikasi ini adalah Zomato, juga dapat memainkan peranan yang sama. Penggemar makanan, ini adalah aplikasi yang tepat untuk anda.

2. Muslim Pro 


Muslim Pro berperanan untuk memberitahu anda tentang jam masuknya waktu solat, untuk anda mudah merancang perjalanan anda, terutamanya kepada pengguna yang beragama Islam. Muslim Pro juga mampu memberitahu anda tentang arah kiblat, serta lokasi masjid yang berdekatan dengan anda. Aplikasi ini boleh didapati dalam peranti iPhone dan Android.

1. Volo 


Volo menjadi antara satu aplikasi kegemaran penulis. Volo membolehkan anda mencatat pengalaman anda di negara luar, dan anda boleh berkongsi kisah anda bersama pengguna Volo yang lain! Volo, satu aplikasi untuk anda merekodkan apa sahaja perjalanan anda, sebagai salah satu travelog anda, supaya dapat menjadi sisipan peribadi, dan juga dapat menjadi perkongsian pengalaman kepada orang lain.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s